Friday, 3 August 2012

Selamat Bertugas........



Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Ketua Unit Pusat Kokurikulum JPNT daripada warga PKK JPNT.

Bermula 1 Julai 2012..... Encik Mohd Yuseri Bin Che Din dilantik sebagai Ketua Unit Pusat Kokurikulum JPNT baru mengantikan Encik Hazaki Bin Mamat, Beliau merupakan mantan Penolong PPD Pengurusan Maklumat dan ICT Hulu Terengganu .

Sejarah pendidikan beliau bermula di SK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang, Hulu Terengganu dan SMK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang, Hulu Terengganu seterusnya BA (Hons) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada Tahun 1993,beliau mula bertugas sebagai penjawat awan dalam institusi pendidikan di SK Tengkawang sebagai guru penolong. Sekolah yang kedua SK Tapah, diikuti SK Perah,SK Cheting dan SK Seri Berang. Kecenderungan beliau dalam ICT..... beliau diberi kepercayaan menjalankan tugas sebagaiPenolong PPD Pengurusan Maklumat dan ICT Hulu Terengganu.

Kecermerlangan dan kewibaan yang tunjukan oleh beliau sepanjang bertugas di PPD Hulu Terengganu mendapat pujian daripada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Ekoran daripada itu beliau diberi kepercayaan untuk menerajui Pusat Kokurikulum JPNT sebagai Ketua Unit.